gravatar

Ika AF6

Biodata penuh Ika AF6
Ika Nabila Binti Abdul Rahim ( IKA )











Nama Penuh : Ika Nabila Binti Abdul Rahim
Bangsa : Melayu
Status : Bujang
Umur :19 tahun
Asal : Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 22 Jun 1989
Tinggi : 157cm
Berat : 46kg
Hobi : Menyanyi, Berlakon

Deskripsi : Gadis Pulau Mutiara penuh keanggunan dengan paras wajahnya yang menggoda, mampu mencairkan lelaki. Seorang yang begitu mementingkan kecantikan.

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Sangat gementar

Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Model, pengacaraan dan berlakon

Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Pembaca berita

Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Menyambung pengajian

Apakah matlamat hidup anda?
Berjaya menjadi penghibur yang disegani

Apakah album terbaru yang anda miliki?
Tiada

Siapakah artis/selebriti yang anda minati?
Maya Karin

Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Zahid

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Menjerit bagi menghilangkan gemuruh

Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Hampir membeli barang sedangkan tidak cukup wang

Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Apabila seluruh ahli keluarga menyokong

Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal, persembahan

Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Pahit apabila Ida Nerina berkata ” Awak ingat awak cantik ke?! ”

Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF6?
Dengan usaha, 50%%

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Tiada hasad dengki dan sifat negatif dalam diri setiap individu

Jika anda boleh terbang, ke mana anda akan pergi?
Syurga

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Pembahagian tanah dan harta sama rata. Keadilan untuk semua pihak

Jika anda menjadi tumbuhan, apakah tumbuhan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Pucuk pokok tertinggi di atas gunung tertinggi supaya dapat melihat alam

Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
Suara, disiplin, setiakawan

Jika anda tersingkir dari Akademi, apakah yang anda akan ucapkan?
Rezeki yang Allah kurniakan setakat ini sahaja. Terima kasih kerana menyokong

Jika anda menjadi Juara AF6, apakah yang anda akan ucapkan?
Assalamualaikum. Kejayaan yang dikurniakan adalah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan usaha serta diiringi doa dan harapan ahli keluarga, sahabat handai, penyokong dan semua yang menerima Ika dalam industri ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Astro kerana memberi ruang untuk Ika mengatur langkah dan thanks to all voters!
Mak Ayah! Love you all. Lots of love from the bottom of my heart to all supporter! Teruslah menyokong karier Ika. I Like!

sumber : astro